Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan Segambut Makmur mula dibina pada bulan Jun 2001 dan siap pada bulan Mei 2003. Kontraktor yang membina sekolah ini ialah Adat Makmur Sdn. Bhd. dengan kos 9.1 juta. Projek pembinaan sekolah ini adalah di bawah PMC bukan di bawah JKR. Proses penyerahan sekolah kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaksanakan pada 10 Disember 2003.

Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 2004 dengan bilangan kelas 7 buah, 17 orang guru, 2 orang kakitangan bukan guru dan 179 orang murid.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada 3 April 2004 dan dirasmikan oleh Dato’ Safri bin Lebai Man (Pengarah Adat Makmur Sdn. Bhd.). Tuan Haji Arif Fadzillah bin Jais telah dilantik sebagai Yang diPertua PIBG (YDP PIBG).

Pra Sekolah bermula pada 1 Januari 2006. Bilangan murid dalam kumpulan pertama ini ialah 18 orang dan 1 orang guru. Pembantu pengurusan murid mula bertugas pada bulan Jun 2006.



1 ulasan: